Qudwah Hasanah...

Monday, April 25, 2011

Haila... Budak-Budak...

Kerja rumah..

Seorg ibu yg sedang melatih anak2nya mengemas rumah bertanya pd anak2 kesayangannya.

Ibu: "Apa yg Ahmad buat?"
Ahmad: "Saya da habis basuh pinggan bu.."

Ibu: "Kamu pulak Umar, buat ape?
Umar: "saya da habis basuh cawan bu..."

Ibu: "Habis tu, kamu pulak buat apa Amar?
Amar: "Saya baru jek habis kutip pinggan dan cawan yg pecah bu..."

Adik-Adik jangan tiru aksi ini yep... Cian ibubapa kita beli pinggan.. hehe...

Mengimbau Kenangan...

Novel... Novel... Novel... 


Hobi la kata an. Tak boleh lari dari semua tu. Ana baru habis baca satu novel nie. memang mengimbau nostalgia zaman sekolah rendah dulu. TUNAS-HLOVATE...



Teringat zaman jadi jenayah kat sekolah rendah dulu. Buli budak, Paw budak, bawak barang larangan n macam2 lagi. n teringat lagi geng2 lepak terguling-guling gelakkan ana bila ana keluar dari bilik disiplin. Semua ingat ana kena bungkus sebab kantoi buat jenayah. Tapi rupa-rupanya, ana terpilih jadi pengawas. Tak pernah nak terfikir dek akal. Ada ke patut diorang boleh kata cikgu buta bagi penjenayah sekolah jadi pengawas. Siap suruh jadi Setiausaha Pengawas lagi. Dahsyat tu...


Benda yang paling tak masuk akal. Ana di pilih terima anugerah Pelajar Contoh dan Harapan Sekolah tahun 2006. Mati terguling-guling geng ana gelakkan ana. Berbulan-bulan diorang panggil ana Miss Penjenayah Contoh. Aduhai. Malapetaka betul. 


Bila baca buku ni. Rasa nak menangis. Kenangan dan pengalaman tu yang mendewasakan hidup ana. Alhamdulillah, penjenayah nie cemerlang dalam UPSR n SIA. Berkat nasihat guru-guru jugak. Tak lupe jugak nasihat dari Abang ana n geng2 seangkatan dengan ana.


Bagi korang2 yang rase nak insaf. Beli lah novel2 Hlovate. Memang tak rugi. Dah banyak dah ana bace novel dia. Banyak pengajaran dan pembelajaran yang ana dapat. Novel nie sesuai untuk pelajar-pelajar yang dah nak SPM. sama ada tahun nie atau tahun depan. 


TERBAEK...(n_n)... huhu...

Thursday, April 14, 2011

Wanita [Dehearty]

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 





Lawak-lawak… Kambing putih atau hitam

Pemuda: Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?
Pakcik: Yang mana, putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Kalau yang putih lebih kurang enam km setiap hari.
Pemuda: Yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Berapa banyak rumput biri-biri ini makan setiap hari?
Pakcik: Yang mana, yang putih atau yang hitam.
Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda: Dan yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik: Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Pakcik: Yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda: Dan yang hitam?
Pakcik: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Kenapa pakcik membezakan biri-biri yang putih dengan yang hitam, padahal jawapannya sama saja.
Pakcik: Mestilah, sebab biri-biri yang putih tu pakcik yang punya.
Pemuda: Oooo gitu ke, habis yang hitam tu siapa punya?
Pakcik: Yang hitam pun sama.
 

[Cerpen] Mencari Nur...

รจ     MENCARI NUR <-

Ku buka mataku perlahan-lahan. Ku lihat Mak Som berada di sebelah ku. Ku lihat sekeliling. Terdapat banyak wayar di tanganku. Kini ku sedar yang aku berada di hospital. Ku cuba mengingati semula trajedi yang hampir meragut nyawaku. Rumahku dijilat api ketika seluruh ahli keluarga ku sedang nyenyak di ulit mimpi. Ketika ku sedar hanya bilik ku saja yang belum mengenai api yang marak. Aku cuba menjerit dan terus pengsan kerana asap yang tebal masuk ke dalam badanku menerusi hidung. "Mei, kamu dah selamat." lamunan ku terhenti seketika dan terus memalingkan muka ke arah Mak Som yang sedang duduk sambil tersenyum. Baruku ingat mak dan ayah tiada. Dengan rasa gelisah ku bersuara. "Mak dan ayah mana? Mereka baik-baik saja kan?"Pertanyaan ku membuatkan air muka Mak Som berubah. "Mei rehat lah. Jangan banyak fikir lagi. Kamu masih belum sembuh betul lagi." Mak Som cuba mengubah topik perbualan. Tetapi niat Mak Som gagal apabila ku tetap mendesak. "Mak Som, cakaplah pada saya apa yang terjadi pada mak dan ayah?" Air mata ku mula bergenang. Dalam hati aku asyik memikirkan banyak kemungkinan yang buruk terjadi pada ayah dan mak. "Mei sabar ya. Mak dan ayah Mei dah tak ada. Mereka tidak dapat di selamatkan semasa kebakaran tu." kata-kata Mak Som menusuk bagaikan jarum ke telingaku membuatkan air mata yang bergenang jatuh ke bumi tanpa boleh di tahan. "Mak Som pasti bohong Mei kan?" jerit ku seperti histeria membuatkan seorang doktar serta beberapa orang jururawat datang dan terus menyuntikku dengan ubat penenang. Setelah itu, aku tidak tahu apa yang berlaku pada ku.


****************

Beberapa hari berikutnya, aku sudah boleh pulang. Mak Som menawarkan aku untuk tinggal di rumahnya disebabkan rumahku yang hanya tinggal abu saja itu. Mak Som adalah jiran ku. Hanya dialah yang mahu menolongku walaupun kami mempunyai agama yang berbeza. Keluargaku yang dahulu nya baik kerana keadaan keluargaku yang kaya, kini menghilang apabila aku sudah tiada apa-apa. Tetapi nasib baik, masih ada manusia sebaik Mak Som yang tidak pernah bersikap sombong padaku. Aku masih tidak boleh menerima hakikat yang semua milikku sudah tiada. Seluruh hidupku kini dihabiskan dengan termenung mengenangkan nasibku yang amat malang. Yang ada di fikiranku sekarag adalah bagaimana ingin membunuh diri ini. Tetapi hsrat ku selalu sahaja di halang oleh Mak Som. Aku bagai rasakan satu keajaiban. Bagaimana Mak Som tahu aku akan membunuh diri. Itulah antara persoalan yang terbuku di dalam fikiranku.

**********************

Rasa rimas di rumah membuatkan aku mengambil keputusan untuk keluar dari rumah untuk menghirup udara segar sambil ber jalan-jalan. ku terus keluar apabila Mak Som mengizinkan. Mak Som menawarkan diri untuk menemaniku tetapi ku tolak tawaran itu kerana ingin bersendirian. Lagipun ku lihat Mak Som sedang sibuk memasak banyak lauk dari biasa. 'Ada sesuatu yang istimewa kah hari ini?' Kehairanan masih menyelebungi fikiran ku. Ku biarkan saja persoalan itu tanpa jawapan. Ku terus keluar dengan berjalan kaki saja. Ku dongak ke langit. Sungguh indah langit itu. Siapa agaknya yang menciptakan nya. Mustahil ianya tercipta dengan sendirinya. "Hai cik adik. Dari mana nak ke mana ni." lamunanku terhenti lalu ku mengalihkan perhatian ke arah suara tadi. Dua orang lelaki menghampiriku. Salah ku juga mengapalah aku melalui jalan yang sunyi begitu. Tubuh ku mula menggeletar hebat. Rasa takut dan seram menyelubungi diri ku. "Wah, seksilah Amoi ni. Cantik juga ya." Kaki ku terasa berat untuk melangkah lagi. Hanya mulutku yang tidak henti-henti menjerit meminta tolong. Tetapi ku rasa usaha ku hanyalah sia-sia. Tiada siapa yang datang untuk menolong ku. Semakin lama lelaki tersebut semakin dekat dengan ku. Tubuh ku menggeletar dengan lebih hebat lagi. Lelaki tersebut mula menyentuh kulit ku yang terbuka kerana aku hanya memakai singlet dan skirt sahaja. "Hei, berhenti. Tak malukah kamu ingin menodai kehormatan wanita. Tak tahu ke perbuatan kamu itu berdosa dan akan dilaknat Allah?" Seorang wanita bertudung labuh mendekati aku serta dua lelaki tadi. "Eh, kebetulan pulak datang mangsa baru." Seorang dari lelaki tadi menghampiri wanita itu. ku terus menjerit supaya dia melarikan diri. Tetapi dia tetap kelihatan tenang dengan senyuman. Setelah lelaki tersebut menghampirinya, dia terus membaca beberapa kalimah lalu menumbuk lelaki tersebut di bahagian perutnya. Aku amat terkejut apabila lelaki itu terus pengsan. 'Dia ni ada kuasa sihir ke?' Itulah yang bermain di fikiranku. Lelaki yang seorang lagi terus melarikan diri kerana ketakutan. "Adik, tak apa-apa?" wanita itu terus menghampiriku. ku anggukan kepalaku. peristiwa tadi membuatkan aku kaku tanpa suara. Dia terus mengusap kepalaku dengan lembut sambil tersenyum manis. Ku rasakan seperti seorang anak yang mendapat belaian lembut seorang ibu. "Mari ikut saya balik rumah. mungkin ibu saya masak banyak untuk menyambut saya pulang dari luar negara." Ku mengangguk sekali lagi. Ku ikutnya menaiki teksi. Di dalam teksi dia banyak bercerita tentang dirinya. Menurutnya, nama nya adalah Nur Hidayah. Aku hanya memilih untuk diam sahaja.

*******************

Aku terkejut apabila teksi yang ku naiki berhenti betul-betul di hadapan rumah Mak Som. Rupa-rupanya, dia adalah anak kepada Mak Som. Patut lah Mak Som bertungkus-lumus memasak sebelum aku keluar dari rumah tadi. Ku kira, Mak Som tidak mempunyai anak kerana semenjak dia kenal dengan Mak Som, dia tidak pernah melihat atau mendengar Mak Som bercerita tentang anaknya. Mungkin Mak Som tahu yang aku tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Aku hanya memilih untuk berkurung di dalam bilik. "Mei, kenapa termenung. Tadi akak tengok Mei makan sikit je." Kehadiran Nur Hidayah mengejutkan ku. Selama ini tiada siapa yang pernah masuk ke dalam bilik ku. Aku hanya menggeleng lalu tersenyum. "Ha, macam tulah. Senyumkan cantik." kata-kata itu membuatkan ku senang dengan nya. "Akak boleh saya tahu akak ni guna ilmu apa lawan lelaki tadi" Aku mula beranikan diri untuk bersuara. "Oh, akak cuma yakin pada Allah. Akak baca beberapa ayat dari Al-Quran dan berdoa supaya Allah selamatkan kita." Aku hairan dengan kata-kata kakak itu. "Allah dan Al-Quran tu apa? Saya ada juga dengar. Tapi tak tahu maksudnya." Dia kelihatan tenang sahaja. "Allah itu tuhan akak dan semua umat Islam. Al-Quran pula, kitab dan panduan umat Islam." penjelasan yang sungguh padat. Aku mula tertarik dengan penjelasan serta agama mereka. Ku kata aku ingin menganuti agama mereka. Kak Nur kelihatan gembira sekali.

***********************

"kini, ku telah menjumpai Nur yang di cari. Baru ku sedar takdir yang menentukan segalanya. Takdir Allah yang menentukan aku mendapat Nur dan Hidayah daripada seorang insan istimewa yang di ciptakan oleh Allah yang bernama Nur Hidayah. Tiada yang mustahil akan berlaku. Hidayah akan datang pada bila-bila waktu sahaja dan pada sesiapa sahaja." "Terima kasih, Allah. Terima kasih, Nur Hidayah."