Qudwah Hasanah...

Tuesday, April 2, 2013

Aku Bebas Dari SPM

Assalammualaikum w.b.t...

Lme gile x post kt blog nie... dh berabuk dh... penat aku gotong royong buang habuk kt blog nie...he3..
Hemmmm~~!! berbalik pd tajuk post aku hari nie..(lepas bertahun menghilang)... Aku bebas dari SPM... patotnye mmg dh lme aku jerit ayt nie... tpi lmbt lak kn.. hu2.. mklom ar... owg buzy...

Lepas dua tahun dok berCHENTA dgn buku2 SPM.. pd tanggal 21/3/2013... Result SPM pon di bebaskn... hehe.. (ayt aku sngt pelik).. Fuhh~~!! lega glew beb bila result kuar nie... Barula aku dp brnafas dalam-dalam cikit..

SMKA TUN PERAK...(bru upgrade jdi SMKA laa ktekan..)
ermmm... sbenarnya result agak menurun laa jugak thun nie... Kesian juga aku tngok cikgu2... sedih gak laa... coz, x de spe2 pon yg dpt straigt A.. pling tinggi pon 8A... nk femeskn juga laa minah berdua tu...
NUR 'IZZATI 'AQILAH n SYAZA AKILAH... dua owg je... yg aku eppy sngt... sume geng aku dpt naek pentas... (kecuali dua owg).. tpi at least yg dua org tu dpt 5A... hebat kn... tak sia2 kita buat study group stiap kli waktu rehat... (tpi kdang2 jdi STUDY EAT)... mkn jelah tahu... mklomlah... ble kami berTUJUH dh bukak bekal makanan... mmg x study laa gamaknya...

SMA ASSAIYIDAH KHADIJAH... (sek aku mse form 4... 2011)
thun nie de dua org dpt straight A... agak berkurang gak dri thun sebelum... tpi at least de gak kn... sorg dri kelas SCIENCE STREEM... NUR AISYAH SHAHADAN.. and another dri kelas ACCOUNT... NUR IZZATI OMAR... hebatkn kwan2 aku... he3... mereka berdua nie mmg target sekolah... mmandangkn trial diowg pon straigt A jugak...

MAAHAD AR-RAHMAH...(sek aku mse form 3... 2010)
tahun nie sme mcm thun lepas... 9A paling tinggi... spe ag klo bukan kwn aku yg banyak mulut sowg nie... MUHD AUDI... dia amik 12 subjek... amik akaun and addmath persendirian as subjek tmbahan... addmath dia lulus... but Akaun terpkse cmpk dlm longkang le... (die x study pon)... tpi thun nie mmg laki sngat maju kehadapan le... prempuan nmpak down cikit...

Ok... tamat sudah bukak hikayat RESULT SPM utk 3 sekolah yg aku pernah bertapa... utk reult SPM aku... aku cme ley ckp... ALHAMDULILLAH... not too cemerlang laa... tpi bole laa tok cpai cita-cita aku... INSYAALLAH... doakan lee yep...

kepada rakan2 yg cemerlang TAHNIAH dri saya... SAYANG KORANG A LOT... lepas nie kita kena gapai benda yg lebih penting... STUDY for JOB... not STUDY for EXAM lagi... kn..kn..kn.. lau setakat study tok pekse... cm ne nk keje nnti tanpa practice the ILMU kn?.. So, MUST study HARD laa lpas ni...

GOOD LUCK smua...

Friday, January 20, 2012

Lepaskan Saja Gelas Itu!

Ada masalah??? bace cerita dibawah...~~!!

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Saturday, January 14, 2012

Ilmu mesti berserta dengan redho guru...


Assalammualaikum...
Guru...
Perkataan yang tidak asing bagi kita. Semua orang memiliki guru. Masih kenal guru anda sejak anda menjejakkan kaki ke sekolah hingga sekarang?? Mybe x kan?? bagi sesiapa yang masih ingat tahniah Ana ucapkan. Coz, pada zaman sekarang ni ramai pelajar yang hanya kenal guru time di sekolah je. Time di luar guru ni bagaikan orang asing bagi mereka.

Ana nak kongsi pengalaman Ana bersama guru. Fitrah manusia ni ada perasaan benci, sayang, suka n sebagainya. Kadang-kadang kita de rasa tidak puas hati dengan guru. Tapi disebabkan mereka guru kita, kita takot nak bersuara.


Suatu hari, setelah tasmi' surah dengan seorang guru Al-Quran saya. Saya berborak dengan rakan saya. Ustazah itu datang ke tempat saya lalu lengan saya dicubit. Saya amat terkejut sekali. Setelah ustazah itu pergi, saya mengeluarkan buku conteng saya lalu menulis kata-kata kesat untuk melepaskan geram.. Saya memang terkenal dengan sifat pendiam...


Ustazah: Ana, kamu sedang buat apa tu?
Saya menyorokkan buku conteng saya ke bawah meja.
Ustazah: Ana, bawa buku awak ke sini. Saya tahu kamu sedang menulis.
Saya berdiri. Cuba mengoyakkan halaman yang saya baru tulis dengan perkataan makian tadi. Tetapi, malangnya buku tersebut telah dirampas oleh ustazah itu. 


Ustazah itu membuka satu persatu halaman buku tersebut. Pada mulanya ustazah tersenyum melihat tulisan2 kata-kata yang saya reka sendiri dalam buku tersebut kerana saya memang dikenali sebagai penulis berbakat sejak sekolah rendah lagi. 


Beberapa minit kemudian, muka ustazah berubah. Saya hanya menundukkan kepala. Pasti ustazah itu telah membuka halaman yang tercatat kata-kata makian yang dituju khas untuknya.Ustazah berkata "Ana, ilmu yang aku bagi takkan berkat. Kau takkan lulus matapelajaran saya." Ustazah terus membaling buku ke muka saya lalu beredar dari kelas. 


Sebulan berlalu, hubungan saya dengan guru itu masih tegang walaupun saya sudah meminta maaf. Apabila result peperiksaan diedarkan. Saya terkejut melihat subjek AKHLAK saya gagal. Padahal ketika exam, saya dapat menjawab soalan tersebut. Apabila saya semak kertas peperiksaan Aklak itu. Memang banyak kesalahan yang saya buat. Saya tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Hanya subjek ustazah tersebut sahaja gagal. Padahal subjek lain saya cemerlang dengan markah 70 ke atas. 


Setelah saya berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan Jayyid Jiddan dalam SIA setelah 2 tahun peristiwa tersebut berlaku, Ustazah itu sendiri datang kepada saya untuk mengucapkan Tahniah dan Ustazah menasihati saya supaya buang yang keruh dan ambil yang jernih. Ustazah menasihati saya juga supaya menjadi USWAH HASANAH dan mengambil ikhtibar bagi apa yang telah berlaku.


Jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran. Guru itu adalah orang yang sanggup berkorban untuk kita. Redho guru merupakan eleman paling penting untuk berjaya dalam peperiksaan. Tanpa guru, tiadalah perdana menteri, doktor, peguam n lain-lain pekerjaan...

Ermm... hayati kata-kata di bawah...
guru adalah segalanya
ckgu tugasnya bukan hanya mengajar,tetapi....

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!

Rindunya dengan cikgu2 yang pernah berjasa mendidikku.. 

Cikgu2...

  1. Pasti Nurul Iman
  2. Pasti As-Syakirin
  3. SRI Hamas
  4. SRA JAIM Selandar
  5. Tahfiz Al-Quran Darul Tuba
  6. Maahad Ar-Rahmah
  7. SMA As-Saiyidah Khadijah
  8. SMK Tun Perak
I love u all very2 much... Terima Kasih menumpahkan ilmu dan kasih sayang kepada saya... 




Solat tiang agama...

Ermmmm... sekarang nie mana2 universiti tengah final exam... Aku yg x masok universiti ag lak yang gabrah... hu2... Bakal pelajar universiti taon depanlah yop~~!! Insyaallah... Ikuti kisah pelajar yg baru lepas exam nie:




Ketika keluar dari dewan peperiksaan...

Afiqah: Ceh~!! Aku silap jawab soalan tadi.
Balqis: Banyak ke?
Afiqah: Bolehlah tahan. Ada dua tiga soalan jugalah.
Balqis: Dah azan Zohor. Jom solat dulu.
Afiqah: Err.. Kau pergi dululah. Aku nak prepare untuk paper petang ni.
Balqis: Ala, next paper kan 2 jam lagi. Lagi pun ia berguna untuk exam yang lagi satu.
Afiqah: Exam?
Balqis: Exam akhirat la. Kalau kita ‘tak dapat jawab’ masa tu kan naya.
Afiqah: Ok-Ok

Erm... solat dengan exam mane lagi wajib?? kadang2 benda yg 5 minit tulah kte x bole nk wat... Padahal bkn kne perah otak pon... Ermmm... tngok yg nie lak...

Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit

Total mase 'dating' ngan Allah = 27 minit
Total mase Allah bagi nikmat oksigen dn sebagainye = setiap saat

Tapi kebanyakan remaja skrang ramai yg cube untuk escape solat padahal ape salahnye kite luangkan mase selame 27 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dngan Allah? Padahal Allah berikan kita nikmat penglihatan,oksigen dan sebagainya..
.. 

(n_n).. khidmat nasihat dari.SAYA... Fikir-fikirkanlah.. n selamat beramal... 
'Solat tu tiang agama... Tanpa melakukannya... Agama kte akan roboh'

Soalan killer.. Tok imam vs Aiman...

Aiman baru tamat pengajian dari Australia. Dalam benak fikirannya, terdapat beberapa soalan yang merunsingkan fikirannya. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menguji tok imam kampungnya.

Aiman: Yoo, ustaz.

Tok imam: Oh, Assalammualaikum.

Aiman: Waalaikumsalam. Saya ada soalan killer untuk ustaz. Rasanya ustaz boleh tak jawab soalan saya.

Tok imam: Insyaallah. Dengan izin-Nya, saya akan menjawab pertanyaan saudara.

Aiman: Jangan confident sangat ustaz. Soalan ni memang susah. Lebih susah dari SPM.

Tok Imam: Silakan bertanya.

Aiman: Ini soalannya. Pertama, tunjukkan saya bukti kewujudan tuhan. Kedua, apa yang dimaksudkan dengan takdir. Ketiga, Syaitan dan neraka dibuat daripada api. So, kenapa syaitan dicampak ke dalam neraka juga?

Tok Imam: Ermm... [Tok Imam menampar pipi Aiman.]

Aiman:[Tercengang lalu memegang pipinya] Apahal pulak ustaz tampar saya? Ustaz marah ke?

Tok Imam: Tamparan saya tadi menjawab ketiga-tiga soalan kamu.

Aiman: Aik, saya tak fahamlah, ustaz. Cuba explain sikit.

Tok Imam: Sakit tak tamparan saya tadi?

Aiman: Mestilah sakit.

Tok Imam: Jadi saudara dapat rasakan kewujudan rasa sakit tu?

Aiman: Tentulah.

Tok Imam: Boleh tunjukkan pada saya macam mana rupanya rasa sakit tu?

Aiman: Mana boleh ustaz.

Tok Imam: Itulah jawapan bagi soalan pertama. Kita semua merasa kewujudan tuhan tanpa perlu melihat kewujudan-Nya.

Aiman: Ooo.. Baru saya faham.

Tok Imam: Saya nak tanya, adakah malam tadi saudara bermimpi @ telah tahu yang saya akan menampar saudara?

Aiman: Tak.

Tok Imam: Itulah yang dinamakan Takdir. Sesuatu yang telah ditetapkan tanpa pengetahuan kita. Seterusnya, tangan saya diselaputi apa?

Aiman: Kulit.

Tok Imam: Pipi saudara pula, diselaputi dari apa?

Aiman: Kulit juga.

Tok Imam: Sakit tak pipi saudara apabila terkena tamparan saya?

Aiman: Tentulah sakit.

Tok Imam: Itulah, kalau Allah nak. Dia boleh jadikan neraka itu tempat yang menyakitkan dan menyiksakan walaupun daripada unsur yang sama.

Hari itu, Aiman belajar sesuatu. Dia mendapat tamparan hebat sekali bukan dari luaran malah dalaman. Subhanallah.. Jelas Allah itu Maha Bijaksana. 


Ukhuwah Fillah

Cerpen dri kawan FaceBook..[Halawatul Iman]


Wish for Hana comel...


* Thanks for everything...
* Jangan lupa aku ye... Forget me not...
* Semoga berjaya dalam exam nanti...
* Semoga bahagia di dunia dan akhirat... Insya Allah...
*Love you forever...


Sahabatmu, 
Mardhiyyah


Hana tersenyum. Kad comel yang diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu. Tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia banyak belajar tentang erti kehidupan. Dia masih ingat saat bersama dengan sahabat baiknya, Mardhiyyah. Sahabat sejati yang dicari-cari selama ini. 


Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu. Mardhiyyah banyak membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardhiyyah sanggup tolong carikan. 


Dia masih ingat kata-kata Mardhiyyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah di zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi orang perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardhiyyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yang benar. 


" Kau yang rajin sangat carikan suami untuk aku, kau tu bila lagi, Mardhiyyah? " 


Hana teringat selorohnya kepada Mardhiyyah. 


" Ala... Bukan selalu. Aku nak sangat tengok kau kahwin. Tengok anak-anak kau. Takut tak sempat pula nanti, " sambung Mardhiyyah. 


" Ish... Kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji? " 


" Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. " 


Pantas Mardhiyyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu. 


Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardhiyyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yang merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dengan segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.


" Jadi, apa maksudnya, Ustazah Mardhiyyah?" Hana menyambung selorohnya. 


Disebabkan kepetahan Mardhiyyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia digelar ‘ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah. 


" Insya Allah... Kalau umur aku panjang, bolehlah aku jadi pengapit dan ‘mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang? " 


Lantas, Mardhiyyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa. Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.


Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini menjadi ‘raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yang sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Ilahi yang telah diilhamkan kepada hambanya-Nya yang solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardhiyyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa. 


Petang Rabu itu, Mardhiyyah mengajak Hana untuk sama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan. 


" Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardhiyyah mengingatkan. 


" Perkara apa, Mardhiyyah? " soal Hana. 


" Pertama, mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya diri kita dijauhkan daripada api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa-dosa kita. Insya Allah, Allah akan makbulkan permintaan hamba-Nya yang ikhlas. " 


Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi. 


Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun dengan rapi. Telekung disangkut di tempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertarik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak mahupun rosak. 


Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud;


" Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya. " 


Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardhiyyah yang ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda.


" Assalamualaikum. " Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut. 


Hampir-hampir sahaja kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambil mengurut-urut dadanya. 


" Waalaikumsalam. " Cepat-cepat Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib. 


" Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi. "


Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu. 


" Oh... Tak ada apa. Saya yang leka sikit tadi. " Hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya. 


Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yang bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dengan perangkap Iblis Laknatullah. 


Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yang menjadi pegangannya yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud: 


" Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga. " 


" Saya Aiman Ashraff. Saudari? " tanyanya. 


" Hana Insyirah. " Dia masih tunduk. 


Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardhiyyah yang sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan oleh berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yang dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Ilahi. 


Dua minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardhiyyah.

Doa dari seorang sahabat:
Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...

Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca 'SMS' itu. Hana berdoa dalam hatinya. 

" Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardhiyyah. Segalanya atas izin-Mu jua. Kau limpahkanlah rahmat ke atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami. Amiin. "

Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang. 

" Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau, " bisik Mardhiyyah. Hana mengangguk. 

" Syukran, Mardhiyyah. " Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. Mereka tersenyum. 

Tidak lama kemudian, Mardhiyyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardhiyyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat-saat itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin. 

" Sabarlah, Mardhiyyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin, " Hana menenangkannya. 

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardhiyyah tika itu. Mereka berpelukan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardhiyyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun. 

" Hana, aku nak minta tolong sesuatu dari kau, boleh? " ujar Mardhiyyah pada satu petang. Petang yang begitu hening. 

" Insya Allah... aku akan cuba penuhi permintaan kau tu. " 

Mardhiyyah menarik nafas panjang. 

" Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak kau jaga anak aku, Amirul dan ‘baby' yang bakal lahir ni? " Mardhiyyah mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang. 

" Ish... Kau ni. Kenapa cakap macam tu pulak? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama-sama. " Hana gusar. 

Mardhiyyah memegang perutnya. 

" Nanti ‘baby' jangan nakal-nakal tau. Jadi anak solehah. Jangan degil. Jangan gaduh dengan Abang Amirul. Ummi sayang anak-anak ummi. " 

Hana sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

" Hana, nanti kau namakan ‘baby' ni... Khaulah... Ummu Khaulah. " 

Mardhiyyah tersenyum. Mungkin senyuman terakhir. Senyuman yang bisa merungkaikan segala kesulitan di hati seorang sahabat.

" Ya, Mardhiyyah. Aku akan buat apa saja untuk kau, " Hana menahan tangisnya. 

" Insya Allah? " ujar Mardhiyyah. 

" Insya Allah, Mardhiyyah. " 

***

" Mama! " 

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari ke arahnya. 

" Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni? " tanya Hana sambil merangkul tubuh si kecil itu. 

" Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cantik. Besar nanti boleh jadi pelukis. Mama, boleh jual tak lukisan ni? Boleh tambah duit poket. " 

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah. 

" Ada orang nak beli ke lukisan ni nanti? Lagi satu, besar nanti nak jadi pelukis ke? " gurau Hana. 

" Tak lah, mama. Khaulah nak jadi doktor Islam. Lukisan tu mama lah yang beli. " sambung Khaulah sambil ketawa. 

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.

Mardhiyyah,
Dah enam tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi di saat melahirkan Khaulah. Kau pernah beritahu aku. Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah. Amirul dan Khaulah aku jaga macam anak-anak aku sendiri. Masing-masing dah bersekolah. Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu. Amirul banyak bersabar dengan kerenah keanak-anakan adiknya itu. Kedua-duanya bijak seperti kau dulu. Janjiku pada kau akan aku laksanakan sebaiknya. Insya Allah... Aku terlalu merinduimu, Mardhiyyah. Rindu saat-saat dulu. Terima kasih atas segalanya. Kaulah sahabatku, selama-lamanya. Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amiin.

Hana menyimpan semula kad itu. Air matanya mengalir lagi.

Bila battery low.... charge sekarang~~~!!!!!

║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

█ Charge Iman Anda █


أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Amalkannya selalu. :)